iman kita berapa ringgit???

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah
dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.
Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke
masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam
bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang
lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
“Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?”, Imam tersebut bertanya kepada
dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni.. nak beli
tosei pun tak cukup”, kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas
tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas,
tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke
arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. “Tadi
kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen”, kata Imam tersebut kepada pemandu
bas tersebut.
“Owh… terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je
nilainya”, pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, “Wang
tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur”.

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja
memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu
wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam”.
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan.
Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!!, Ampunkan
daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20
sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di
atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita
terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai
tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam… Sesungguhnya pada diri
Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

menunda mandi wajib??? bolehn ka

Jika masa haidh seorang wanita telah habis sebelum fajar, maka dia dimestikan untuk berpuasa dan tidak ada larangan baginya untuk menunda mandi wajibnya itu hingga terbitnya fajar. Akan tetapi tidak boleh baginya untuk menunda mandinya hingga terbit matahari, bahkan wajib baginya untuk mandi dan melaksanakan shalat sebelum matahari terbit, begitu pula hukum mandi junub bagi lelaki, yaitu tidak boleh ditunda sampai setelah terbit matahari, bahkan wajib baginya mandi sana shalat Subuh sebelum terbitnya matahri, dan juga wajib bagi lelaki untuk bersegera mandi agar dapat melaksanakan shalat Subuh berjama’ah.(Fatawa Ash-Shiyam. Syaikh Ibnu Baaz, 65)

putus cinta yang menyeronokkan

Selalunya kalau putus cinta, mesti sakit. Sakit sangat dari hilir hinggalah ke ulu hati. Ada juga yang rasa seolah-olah badan kena potong, kemudian diperap pula dengan rempah dan limau nipis. Sakit! Kalau tak percaya, cubalah buat sendiri. Tapi kalau jadi apa-apa, aku tak bertanggungjawab. 

 

Relax lah! Tak payah nak serabut-serabut atau bazirkan air mata. Lebih baik guna air mata tu untuk menangis di atas sejadah ketika menghadap Tuhan atau kerana menyesali perbuatan kita yang terdahulu. Takpun, menangis tengok saudara seagama dibunuh dengan kejam, atau bila tengok haiwan-haiwan yang teraniaya. Tapi janganlah setakat tengok saja, kalau boleh tolonglah mereka setakat mana yang kita mampu. Sebab itulah Allah bagi kita rezeki, bukan untuk kita seorang. Tetapi untuk dikongsi dan dinikmati makhluk lain juga. Dari situ barulah timbul rasa kasih sayang.

Okay lah, melalut pula aku! Berbalik kepada tajuk tadi. Sebenarnya sedih apabila putus cinta akan bertukar menjadi sesuatu yang menggembirakan apabila anda melihatnya dari sudut positif. Oleh itu, gunakan otak, bukan hati. Ikut hati, mati! Mudah saja, cara-caranya seperti di bawah.
Keputusan yang betul dan tepat

Sebelum memutuskan hubungan, anda haruslah tahu kenapa anda perlu memutuskan hubungan itu. Ingat, kalau anda ingin berumahtangga dengannya, keputusan ini adalah sekali dalam seumur hidup. Salah membuat keputusan bermakna merana sepanjang hayat.

Tak tahu macam mana nak buat keputusan?

Ambil kertas dan senaraikan sebab-sebab kenapa anda perlu mengakhiri perhubungan dan juga sebab-sebab kenapa anda masih perlu meneruskan hubungan. Buat perbandingan di antara kedua-duanya. Kalau senarai sebab-sebab kenapa anda patut meninggalkan si dia lebih panjang, fikir sendirilah apa patut anda buat.

 

Percaya pada takdir

Jangan menyesal kalau putus cinta. Tentu ada sebabnya Tuhan mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum kita jumpa orang yang benar-benar ditakdirkan untuk kita. Macam yang selalu orang kata, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Kita mungkin tak sedar, tapi Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Anggap saja ia satu pengalaman berharga yang menambahkan lagi warna-warna dalam kehidupan. Bukan semua orang dapat pengalaman macam ni, tahu?

 

Anda berhak mendapat yang lebih baik

Pujuk diri dengan menganggap anda terlalu istimewa dan dia sememangnya tidak layak memiliki anda. Mahukah anda hidup dengan seseorang yang tidak menghargai anda, sentiasa mengkritik hadiah pemberian anda, kedekut, tidak boleh menerima keadaan anda dan macam-macam lagilah. Nak? Kalau nak juga tak apalah. Tapi kalau tak sanggup, lebih baik letakkan noktah di situ. Sememangnya dia tak layak memiliki anda. Apa yang perlu anda lakukan; bersabar dan tunggu kemunculan si dia yang lebih layak untuk anda.

 

Cintai diri sendiri

Sebelum menyintai orang lain, sayangi diri sendiri dulu. Macam mana nak sayangi diri sendiri? Senang saja, dekatkan diri dengan Tuhan. Kalau anda sayangkan diri anda, tentu anda nak masuk syurga, kan? Kalau macam tu, faham-faham sajalah. Anda sendiri tahu apa perlu anda buat, daripada pergi berdating dan berpegangan tangan. Maksiat pun tak buat, dosa pun kurang. Ehehehehehehehe…

 

Buat duit

Putus cinta pun boleh buat duit? Kenapa, tak percaya? Betul, memang boleh. Kalau kisah cinta anda pelik dan lain dari yang lain, lagilah bagus. Yang penting, anda haruslah kreatif. Bakat menulis yang ada mungkin merupakan satu bonus untuk anda. Anda boleh mula menulis novel atau skrip berdasarkan kisah cinta anda yang unik itu.

 

Jadi, anda tak perlulah bersedih lagi. Menjadi solo kembali bukan bermakna satu hukuman, tetapi kenikmatan dan kegembiraan. Berhenti memburu cinta, tetapi jadilah seorang hamba yang dicintai.

selamat berSEM yang baru

didalam kehidupan kita,mesti ada perubahan,dan perubahan itu mestilah perubahan yang membawa kita dari jahat ke baik,dari dulu ke sekarang,dari bawah ke atas,dari lemah ke berkuasa,dan banyak lagi perubahan yang perlu kita lakukan…so oleh itu harap semua students ptss n mana2 pun ada perubahan sendiri di SEM yang baru ini..fikir-fikirkan k.salam sayang

10 lelaki kasanova

1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun harus di ingat semua itu hanya mempu bertahan tidak lebih sebulan. sedikit demi sedikit di dia akan menunjukkan taringnya

2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa

3. lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. siapa yang akan sampai dahulu.

4. sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. lebih jeles lagi, dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.

5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.

6. Baru kenal tidak samapai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. sengaja mahu mengoda kamu untuk pergi lebih jauh.

7. Apabila keluar dengannya, sia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belekang kamu. tetap dia memang peramah dengan semua orang.

8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani mintak wang untuk di pinjam. tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha… alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.

9. lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan muda cair dan jadi mangsa. jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.

10. Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahui membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak.

 

kenangan di penang

HUUHUUHUU

 

aku idaman lelaki

GEMBIRAKAH diri apabila menjadi idaman lelaki? Apatah lagi menjadi idaman lelaki baik dan cerdik, yang memang menjadi pujaan ramai.

Barangkali lebih berasa gembira bila menjadi idaman masyarakat, negara bahkan agama.

Ada kalanya, jauh di sudut hati terfikir cara menjadi wanita idaman sedangkan diri tidak mempunyai kulit seputih kapas, wajah secantik model jelita atau seindah bulan purnama.

Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk tubuh kamu dan tidak juga pada rupa paras kamu, tapi Dia melihat pada hati kamu.” (Daripada Abu Hurairah ra)

Ramai wanita mengimpikan memiliki pasangan jejaka kacak, beragama bahkan berpendidikan tinggi serta berharta.

Sekiranya jejaka mengimpikan untuk memiliki gadis jelita selain aspek penting yang menjadi perkiraannya dalam mencari pasangan atau jodoh, wanita juga berhak untuk mencari pasangan yang ada ciri sebagaimana diimpikan.

10 ciri perempuan pisau cukur

1. Di awal perkenalan di sia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.

2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya.

3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini adalah untuk menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya berlakon semata-mata

4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.

5. Biasanya mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila
usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.

6. Mula minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. teteapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan.

7. Tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat.

8. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju boleh memberi banyak manfaat padanya contohnya bershopping.

9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun kamu sudah berkawan dengannya hampir 2 bulan. tetapi kamu masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak.

10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk dibidas.

SPM – sedap padat mantop

tajuk entri hari ini hanyalah tajuk, tapi isinya adalah berbentuk umum, sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Aurat ! itulah kaitan ‘ketat lagi sendat’ yang saya maksudkan. Bila ditimbulkan soal aurat ini, persoalan ini memang tidak berkesudahan. Persoalaan yang bagaimanakah itu ? Maksud saya bukanlah pada hukumnya, tapi pada perlaksanaannya. Kewajipan dalam melaksanakan tuntutan menutup aurat itu bagi saya sudah jelas. Walaubagaimanapun, memang tidak dapat dinafikan, tidak semua muslimin/muslimah yang memahaminya secara jelas bahkan ada yang memahami bahawa menutup aurat itu hanyalah sekadar memakai tudung sedangkan maksud menutup aurat yang dikehendaki menurut perspektif Islam sebenar, lebih dari itu.

Mengapa saya timbulkan perkara ini ?

Setiap orang ada pengalaman dan kehidupan yang telah dilalui bahkan banyak pula yang dapat diamati tentang apa yang berlaku disekelilingnya. Dan pendedehan aurat tidak syarie begitu berleluasa. Saya pernah berbicara dengan seseorang anak gadis,

berdosa ke tak kalau pakai ketat-ketat ? – tanya saya kepadanya

#tahulah berdosa ! alaah dahlah, malas nak cakap !- dengan nada yang lantang dia menjawab tanpa rasa   takut dan malu

Fokus saya ialah kepada wanita muslimah. Kalau begitu jawabannya, sudah tentu dia sudah jelas dengan hukum dan kewajiban menutup aurat itu, tapi mengapa ? mengapa ?

Definisi Aurat

Aurat ialah tubuh badan yang wajib ditutup dan haram dipandang. aurat wanita muslimah dengan lelaki bukan mahram ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan tapak tangan.

Syarat-syarat

Menutup kawasan aurat, tidak nampak warna kulit, tak menampakkan tubuh badan,

Saya rasa cukup saya tekankan yang ini terlebih dahulu. Kerana ada lagi perbahasan-perbahasan yang  berkaitan dengannya, contohnya dalam bab perhiasan dsb. Apa yang saya ingin sampaikan dalam entri kali ini ialah, apa yang berlaku, perlunya ada peranan yang dimainkan oleh semua muslim yang mempunyai kesedaran tentangnya dalam mendidik/mentarbiyah generasi muslimin/muslimah masa kini menjadi insan yang menampilkan penampilan muslim sejati. Tapi kadang-kadang terpukul juga dengan penampilan-penampilan pemimpin kita. Ini sebagai suatu muhasabah dan peringatan yang tidak seharusnya diabaikan. Tidak cukup sekali, bahkan setiap saat kita perlu mengingatkan tentangnya tanda cinta dan sayang terhadap saudara seakidah kita.

tidak sempurna iman seseorang itu, sehinggamana dia menyanyangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri

Wallah a’lam

« Older entries